Lemak perut bukan sekadar masalah kerana nampak tak elok.
Mengikut Sains,banyak lemak di bahagian abdomen boleh mendatangkan penyakit seperti Diabetes & masalah Jantung.
Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: “Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan.” (Riwayat ad-Dailami)
Atas sebab ini,menghilangkan lemak perut mempunyai manafaat besar untuk kesihatan anda dan boleh membantu dalam usaha hidup sihat berpanjangan.
Lemak perut biasanya dianggarkan dengan mengukur lilit di pinggang dan ini boleh dilakukan dengan mudah mengunakan pita pengukur di rumah.
Jika ukuran melebihi 40 inci ( 102 cm ) untuk lelaki dan 35 inci ( 88 cm ) untuk wanita dikategorikan sebagai Obesiti abdomen.
Jika anda punyai lebihan lemak di pinggang maka anda perlu ambil beberapa langkah untuk menyingkirkannya walaupun anda tak punya berat badan yang melampau.
Kajian Sains menyatakan terdapat beberapa langkah yang terbukti berkesan dalam menurunkan atau menghilangkan terus lemak berlebihan dibahagian pinggang atau abdomen.
Berikut adalah 6 cara berdasarkan kajian Sains yang terbukti berkesan dalam hal ini:-
1) Jangan makan gula dan elakkan minuman manis
Penambahan gula adalah tidak sihat,kajian menunjukkan bahawa ia punyai kesan bahaya kepada kesihatan metobolik.(Sumber)
Gula adalah separuh glukosa dan setengah fruktosa dan fruktosa hanya boleh di metabolisme oleh hati dalam jumlah yang besar.(Sumber)
Apabila anda makan banyak gula tambahan,hati akan menjadi terlalu banyak dengan fruktosa dan akan mengubahnya menjadi lemak. (Sumber)
Banyak kajian menunjukkan bahawa gula yang berlebihan,kebanyakkan disebabkan oleh banyak fruktosa yang menyebabkan peningkatan pengumpulan lemak dalam perut dan hati.
Sesetengah ahli Sains percaya ia adalah penyebab utama kepada masalah kesihatan,ia meningkatkan lemak perut dan lemak hati yang membawa kepada ketahanan insulin dan pelbagai masalah metabolik.( Sumber )
Gula dalam bentuk cecair adalah lebih mendatangkan masalah dalam hal ini.
Kalori cecair iaitu gula berkenaan tidak dapat 'didaftarkan' oleh otak dengan cara yang sama seperti kalori pepejal,jadi apabila anda memakan minuman manis ,anda akan makan LEBIH kalori. (Sumber dan Sumber)
Kajian menunjukkan minuman manis-manis dikaitkan dengan peningkatan obesiti pada kanak-kanak dengan peningkatan sebanyak 60% untuk setiap hidangan harian.( Sumber )
Buat keputusan untuk meminimumkan jumlah gula dalam diet anda, pertimbangkan untuk menghapuskan semua minuman manis dalam diet anda.
Ini termasuk semua minuman soda,minuman manis-manis dan pelbagai minuman sukan dengan gula yang tinggi.
Jumlah fruktosa dari buah boleh diabaikan kerana buah mempunyai banyak serat yang mengurangkan kesan negatif fruktosa.Namun untuk buah perlu juga di beri perhatian untuk pesakit diabetis (Sumber)
Perlu membaca label kandungan gula pada produk-produk yang dibeli malah makanan yang dipasarkan sebagai makanan kesihatan boleh mengandungi sejumlah besar gula.
RINGKASAN: Pengambilan gula berlebihan mungkin pemacu utama lemak berlebihan dalam perut dan hati,ini terutama berlaku untuk minuman manis seperti minuman ringan.
2) Makan lebih banyak protein adalah baik dari segi jangka masa panjang untuk mengurangkan lemak di perut.
Protein adalah macronutrien paling penting dalam hal penurunan berat badan.
Ianya telah terbukti dalam kajian dapat menurunkan atau menghadkan pemakanan yang melampau sekitar 60%,meningkatkan metabolisme dengan 80-100 kalori sehari dan membantu anda mengurangkan pemakanan 441 kalori setiap hari.( Sumber ; Sumber)
Jika penurunan berat badan adalah matlamat anda maka penambahan protein adalah sesuatu yang amat berkesan dalam diet anda.
Ianya bukan sahaja membantu menurunkan berat badan tetapi membantu anda dalam hal kenaikkan berat badan yang mendadak jika anda buat keputusan untuk hentikan usaha anda dalam hal menurunkan berat badan anda.
Terdapat juga bukti yang protein sangat berkesan terhadap lemak perut.
Terdapat kajian yang menyatakan pengambilan jumlah & kualiti protein tertentu berkait rapat dengan jumlah lemak di perut, orang yang mengambil lebih protein yang berkualiti mempunyai lemak perut yang rendah.
( Sumber )
Satu kajian juga menyatakan protein dapat kurangkan penghasilan lemak perut dengan ketara untuk tempoh 5 tahun. (Sumber )
Kajian yang sama juga menyatakan pengambilan Karbohidrat & Minyak (masak) dikaitkan dengan penambahan lemak dibahagian perut tetapi buah-buahan dan sayuran mengurangkan penghasilan lemak.
Banyak kajian menyatakan untuk protein menjadi lebih berkesan adalah protein yang punyai 25%-30% kalori. Itulah yang patut anda fokuskan.
Lakukan usaha untuk pengambilan protein secara natural dalam diet pemakanan anda yang mana terdapat dalam telur, daging putih,ikan,kekacang, produk tenusu, etc.
Jika anda hadapi masalah untuk dapatkan kualiti protein yang baik dari makanan natural anda maka penambahan supplement protein kualiti tinggi seperti Whey dapat ditambah dalam diet anda,harus juga dinyatakan disini terdapat pelbagai jenis Whey protein di pasaran, pilihlah dari jenama produk yang yang punyai rekod yang baik.
Salah satu petua menarik adalah memasak makanan anda dengan minyak kelapa.Setengah kajian menyatakan pengambilan minyak Kelapa sebanyak 30ml (2 sudu besar ) sehari dapat mengurangkan lemak perut ( Sumber ; Sumber )
Minyak kelapa yang dimaksudkan disini (2 sudu besar ) sehari adalah Minyak Kelapa Dara.
RINGKASAN: Makan Protein dengan kadar tertentu dapat meningkatkan metabolisme anda dan mengurangkan tahap lapar,menjadikannya cara yang berkesan untuk turunkan berat badan.Beberapa kajian juga menyatakan protein amat berkesan dalam mengurangkan lemak di perut.
3) Kurangkan karbohidrat dari diet anda.
Membataskan pemakanan karbohidrat adalah cara yang berkesan dalam mengurangkan dan menghilangkan lemak.
Banyak kajian menunjukkan apabila pengurangan karbohidrat dalam diet ianya secara tak lansung mengurangkan selera makan dan seterusnya menurunkan berat badan. ( Sumber )
Lebih 20 kajian terkawal secara rawak menunjukkan bahawa diet rendah karbohidrat membawa kepada 2-3 kali lebih banyak penurunan berat badan daripada diet rendah lemak.( Sumber ; Sumber ; Sumber )
Hasil kajian juga menyatakan keputusan yang sama walaupun kumpulan diet rendah karbohidrat di benarkan memakan sebanyak mana yang mereka mahu sementara kumpulan diet rendah lemak kekal dengan kalori terhad juga berlapar.
Diet rendah karbohidrat membawa kepada penurunan kadar air dalam tubuh badan dengan cepat yang memberikan keputusan segera.Perbezaan pada skala yang boleh dilihat dalam masa 1-2 hari.
Terdapat juga kajian perbandingan diet rendah karbohidrat dan diet rendah lemak, diet rendah karbohidrat menyasarkan khusus lemak di dalam perut juga sekitar organ dan hati.
Ini bermakna bahawa kehilangan lemak dalam kadar yang tinggi dalam diet rendah karbohidrat yang melampau adalah berbahaya dan membawa kepada penyakit pembentukan lemak di kawasan abdomen.
Dengan menghidari pengambilan karbohidrat melampau contohnya seperti nasi,gula,manisan coklat, roti putih dan lain-lain sepatutnya mencukupi,terutamanya jika anda mengekalkan pengambilan protein yang tinggi.
Walaubagaimanapun,jika anda perlu menurunkan berat badan dengan cepat maka penurunan pengambilan 50gram karbohidrat sehari harus dipertimbangkan.
Ini meletakkan tubuh anda dalam keadaan ketosis,menyahkan selera makan anda dan membuatkan badan anda mula membakar dan memproseskan lemak sebagai bahan bakar.
Diet rendah karbohidrat punyai banyak manafaat selain daripada menurunkan berat badan,ianya juga dapat menyelamatkan nyawa sebagai contoh untuk kes diabetic jenis 2
( Sumber )
RINGKASAN: Kajian menyatakan diet pengurangan karbohidrat dalam had tertentu amat berkesan dalam pengurangan lemak di perut,sekitar organ dan hati.
4) Makan makanan kaya serat.
Banyak kenyataan menyatakakan makan lebih fiber akan membantu kearah penurunan berat badan.
Kenyataan berkenaan benar tetapi bukan semua serat mempunyai fungsi yang sama.
Kebanyakkan jenis serat samada larut atau likat mempunyai kesan keatas berat badan anda. ( Sumber )
Serat berkenaan bercampur dengan air dan membentuk sebagai gel khusus yang 'duduk' dalam usus.
Gel berkenaan melambatkan pergerakkan makanan melalui sistem pencernaan anda, juga melambatkan pencernaan dan penyerapan nutrien.
Hasil akhirnya adalah rasa kenyang yang berpanjangan dan mengurangkan selera makan.
( Sumber )
Satu pengesahan kajian menyatakan bahawa tambahan 14gram serat sehari dikaitkan dengan pengurangan 10% pengambilan kalori dan penurunan berat badan sebanyak 2kg dalam tempoh 4 bulan.( Sumber )
Dalam satu kajian 5 tahun,pemakanan 10gram serat setiap hari dikaitkan dengan pengurangan sebanyak 3.7% dalam jumlah lemak di rongga perut. ( Sumber )
Apa yang boleh dirumuskan, serat larut mungkin berkesan untuk mengurangkan lemak perut yang berbahaya.
Cara terbaik untuk mendapatkan lebih banyak serat adalah dengan memakan banyak makanan tumbuhan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
Kekacang juga merupakan sumber yang baik selain dapipada bijiran seperti Oat dan sebagainya.
RINGKASAN: Ada beberapa bukti yang menyatakan serat makanan larut boleh menurunkan lemak perut.Ia akan meningkatkan dalam kesihatan metabolik dan mengurangkan risiko pelbagai penyakit.
5) Senaman sangat berkesan untuk mengurangkan lemak perut.
Latihan atau senaman adalah penting kerana pelbagai sebab.Ianya adalah cara hidup yang terbaik yang boleh anda lakukan jika ingin menjalani kehidupan yang panjang,sihat dan mengelakan penyakit.
Menyenaraikan semua manafaat yang luarbiasa hasil dari amalan senaman adalah luar dari skop artikel ini,tetapi senaman kelihatan amat berkesan untuk mengurangkan lemak perut.
Walaubagaimanapun,ianya tidak di fokus pada senaman abdomen disini.
Pengurangan atau kehilangan lemak disatu tempat adalah tidak mungkin, dan melakukan banyak latihan abs tidak akan membuatkan anda kehilangan lemak di bahagian perut.
Dalam satu kajian latihan selama 6 minggu, hanya otot perut tidak mempunyai kesan yang boleh diukur pada lilitan di pinggang atau jumlah lemak di rongga perut ( Sumber )
Latihan Aerobik seperti berjalan,berlari,berenang dan lain-lain telah terbukti lebih berkesan dalam penurunan lemak perut dalam banyak kajian.( Sumber;Sumber )
Satu lagi kajian menyatakan senaman dapat mengelakkan seseorang dari mendapatkan semula lemak perut selepas penurunan berat badan.Mengekalkan aktiviti senaman itu penting dalam konsistensi berat badan yang ideal.( Sumber )
Senaman yang konsisten juda dapat mengelakkan keradangan,mengekalkan tahap gula yang rendah dalam darah dan penambahbaikan dalam semua keabnormalan metabolik lain yang dikaitkan dengan lemak perut berlebihan.( Sumber )
RINGKASAN: Senaman yang konsisten terbukti amat berkesan dalam menurunkan lemak di perut,ianya juga amat baik untuk mengekalkan hidup sihat yang berpanjangan dan mempunyai banyak manafaat kesihatan yang lain.
6) Pantau pemakanan anda dan tahu apa yang anda makan.Apa yang anda makan adalah penting.
Kebanyakkan orang tidak memantau dan ambil tahu apa kandungan makanan yang mereka makan.
Kadangkala mereka memikir pemakanan mereka mengikut pola pemakanan sihat tetapi sebenarnya cenderung secara drastik terhadap kandungan tertentu atau masih lagi jauh dibawah tahap yang disarankan.
Bagi mereka yang ingin mengoptimunkan tahap diet mereka,pantauan pemakanan adalah benda yang HARUS mereka lakukan.
Ianya tidak bermakna anda perlu mengukur atau menimbang setiap apa yang anda makan,cukuplah sekadar mengetahui berapa kandungan bahan tertentu dalam pemakanan anda secara rawak dan sekaligus ianya amat membantu untuk jangka masa panjang jika anda latih diri kearah itu.
Diharap Artikel ini dapat sedikit sebanyak membantu anda dalam misi hilangkan lemak perut dan penurunan berat badan.
No comments:
Post a Comment